Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

A Famosa Resort di Melaka

Ketika pergi bercuti ke Melaka tempoh hari, tempat pertama yang Kami sekeluarga pergi lawati ialah A’ Famosa Resort Malacca.

Di A’ Famosa Resort terdapat 3 taman tema utama, iaitu Safari Wonderland, Water Theme Park dan Cowboy Town. Namun kami hanya berminat untuk melawat Safari Wonderland sebab masa terlalu ketat bagi kami untuk kunjungi semua tempat tu.

Dengan menaiki trak kami di bawa mengelilingi safari untuk melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat.

Terdapat pelbagai jenis haiwan dan yang menjadi tumpuan sepanjang perjalanan ialah harimau, singa, unta, zirafah dan kuda belang. Teringin juga untuk kami ingin menunggang kuda padi tersebut , tapi kami tidak berapa yakin lagi dengan membawa anak-anak kami yang masih kecil lagi. Jadi tidak jadilah untuk tunggang kuda padi tu, kena tunggu anak-anak kami besar lagi sikit baru datang sekali lagi.

Pihak A’ Famosa Resort juga menyediakan perkhidmatan menunggang haiwan antaranya menunggang unta, kuda padi dan gajah.

Seronok apabila melihat betapa kanak-kanak memberi sepenuh perhatian setiap kali melihat haiwan-haiwan di sana. Pada waktu tertentu, terdapat beberapa persembahan antaranya Elephant Encounters , Multi Animal Fun Time , Colour of The Bird dan Wild Wild West Show.

Ketika ini kami sedang menunggu pertunjukkan Wild Wild West Show, kami datang awal sikit sebelum persembahan itu bermula. Tapi nampaknya tidak berapa ramai orang namun terdapat rombongan kanak-kanak sekolah yang diambil oleh guru-guru sekolah mereka untuk datang ke A’ Farmosa ini.

Antara kejadian yang tidak boleh dilupakan ialah terdapat kanak-kanak yang sangat takut menyaksikan persembahan tersebut, ada yang menangis sekuatnya sebaik sahaja pertunjukkan bermula. Ada kanak-kanak yang amat takut apabila mendengar bunyi tembakan pistol yang agak kuat seakan pistol betul. Kesudahannya kami hanya menonton tidak sampai separuh pertunjukkan tersebut lalu berganjak pergi sebab anak-anak kami juga bising tidak berhenti.

Berbeza dengan 2 lagi pertunjukkan iaitu Multi Animal Fun Time dan Colour of The Bird, anak-anak kami sangat terhibur dan teruja melihat kebijaksanaan haiwan-haiwan tersebut beraksi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga tiket masuk dan waktu-waktu pertunjukkan sila layari laman web A’ Famosa Resort Malacca.

The post A Famosa Resort di Melaka appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

A Famosa Resort di Melaka

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×