Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hotel De Art Shah Alam – Cantik, Murah dan Selesa

Siapa yang tidak teruja bila diberi peluang menginap di hotel lain dari yang lain. Hotel De Art Shah Alam sememangnya layak mendapat gelaran “Malaysia’s 1st ART themed hotel”. Kalau dilihat dari luaran nampak biasa-biasa sahaja.

Hotel de Art di Shah Alam

Tetapi apabila menjejak kaki ke ruang lobi, perkataan pertama saya adalah WOW!. Walaupun ruang lobi agak kecil, tetapi sangat cantik dengan tema putih, seakan-akan tema Inggeris. Ketika berkongsi gambar dengan rakan-rakan di Facebook, semuanya memuji hiasan di lobi hotel ini.

Bagi yang tidak tahu, hotel ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam Selangor. Berhadapan dengan tasik dan juga berdekatan dengan I-City, UITM, Bandar Baru Kelang dan Gedung Kain Jakel. Selain dari itu, hotel ini tidak jauh dari pusat bandar Shah Alam. Jika anda ada urusan di sekitar Shah Alam. Hotel ini adalah pilihan terbaik untuk penginapan.

Lebih kurang jam 10.00 malam, kami daftar masuk, memandangkan hotel sudah penuh, kami menginap di blok bersebelahan dengan lobi utama. Pintu masuk ke blok kami menginap mempunyai ciri keselamatan yang baik. Hanya yang mempunyai kad sahaja boleh akses ke blok ini. Sebaik sahaja menjejak kaki ke Bilik, anak-anak begitu teruja melihat hiasan dalamanya. Sebelum masuk, kami sempat meninjau 2 buah bilik untuk melihat hiasan dalam. Ternyata hiasan dalaman setiap bilik adalah berbeza.

Bilik bertemakan “Star Wars”

Untuk pengetahuan, Hotel De Art Shah Alam, mempunyai 58 bilik dengan hiasan berbeza. Setiap bilik mempunyai tema khas seperti, fairy tales, flower and nature, fantasies, movies. Tema seperti bandar Paris, New York, Egypt, Europe dan tema kartun Mickey Mouse, Hello Kitty turut menghiasi ruang bilik. Agak teruja bila mana dapat tahu ada bilik yang bertemakan legenda superstar seperti Elvis Presley, Micheal Jackson dan juga Lady Gaga.

Kami menginap di bilik 302 yang mana bilik kami bertemakan Star Wars. Bilik kami mempunyai 2 katil bujang, TV LCD, alat pemanas air serta kemudahan untuk membuat kopi. Ruang almari yang luas serta 3 buah laci untuk menempatkan baju dan peralatan lain.

Ruang tandas yang cantik dan bersih dan dihiasi dengan bunga yang membuatkan kami teruja dan rasa seperti menginap di hotel 5 bintang. Wifi berkelajuan tinggi juga disediakan kepada tetamu. Di luar bilik penginapan air panas dan air sejuk turut disediakan.

Bilik bertemakan “Forbidden Forest”

Di bilik mandi shampoo dan sabun serta air panas turut disediakan bagi yang tidak suka mandi dengan air biasa. Perkhidmatan room servis juga disediakan dengan harga yang berpatutan. Kami bersarapan di Hailam Kopitiam dengan mengunakan voucher. Menu seperti nasi lemak, sandwich, telur 1/2 masak dan lain-lain turut disediakan. Diskaun 10% peratus turut diberikan kepada pengunjung hotel dengan menunjukan kunci kad bilik.

Bilik bertemakan “Earn Your Stripes”

Bilik bertemakan “Hey Mickey”

Bilik bertemakan ” Hello Kitty “

Harga di setiap bilik adalah berbeza mengikut keluasan serta jenis katil. Sebelum balik, kami sempat dapatkan harga bilik yang disediakan dalam bentuk brosur. Harga bilik tersebut seperti dibawah.

Jenis Bilik

Standard – 1 Katil bujang ( tiada tingkap) rm 88.00 Ahli rm 78.00.
Superior – 1 Katil Queen ( tiada tingkap) rm 138.00 Ahli rm 128.00.
Superior Deluxe/ Twin Superior – 1Katil Queen / 2 Katil Bujang (bertingkap) rm 158.00 Ahli rm 148.00.
Superior Deluxe Partial Lake View – 1 Katil Queen Partial Lake View rm 168.00 Ahli rm 158.00.
Twin Superior Partial Lake View – 2 Katil Bujang (Partial Lake View) rm 168.00 Ahli rm 158.00.
Triple Room – 1 Katil Queen + 1 katil bujang ( tiada tingkap) rm 188.00 Ahli rm 178.00.
Family/ Vip – 2 Katil Queen ( bertingkap) rm 218.00 Ahli rm 208.00.
* Semua harga di atas termasuk cukai dan caj perhidmatan.

* Tambahan rm 10.00 ketika hujung minggu ( Jumaat & Sabtu) dan cuti sekolah.

* Tambahan rm 20.00 waktu sibuk ( malam perayaan dan cuti umum, UITM Konvokesyen).

* Harga AHLI hanya diberikan kepada tetamu yang pernah menginap. (hari biasa sahaja).

* Harga termasuk, sarapan pagi, WIFI dan 10% diskaun di Hailam Kopitiam.

Sesiapa yang berminat menginap di sini, boleh hubungi no yang tertera di bawah,

Tel: 03 5518 0975 / 03 5518 0976

Website : www.hoteldeart.com.my

Facebook : Hotel De Art

Alamat :
No 3, Jalan Kristal AS7/AS
Seksyen 7
4000 Shah Alam
Selangor

The post Hotel De Art Shah Alam – Cantik, Murah dan Selesa appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Hotel De Art Shah Alam – Cantik, Murah dan Selesa

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×