Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa Itu Niche Dalam Dunia Blogger?

Pernah saya bersama teman rapat berbahas tentang maksud Niche. Dia dan saya berbeza pendapat. Namun pendapatnya saya terima juga iaitu niche seperti sarang burung merpati. Bunyi macam terlalu klise. Maaf kerana pendapat teman rapat saya ini kurang memberi kefahaman kepada rakan-rakan pembaca yang lain.

blog niche

Niche ialah satu pengkhususan sesuatu perkara. Jika dalam dunia Blogger niche itu membawa maksud kepada blog yang membuat entri berdasarkan kategori hiburan, kewangan, kesihatan, gajet, fesyen, poiitik, infomasi, sukan, blogger, kereta, peribadi dan sebagainya. Ada niche yang tertumpu hanya kepada satu perkara sahaja. Sudah pasti ada juga niche blog yang bersifat umum dan luas kaitannya.

Penentuan Niche

Menentukan niche merupakan salah satu elemen yang penting terhadap pembangunan sesebuah blog. Niche boleh ditentukan sebelum sesebuah blog itu dibina ataupun ianya ditentukan setelah beberapa lama menulis dan apabila penulis menjumpai rentak yang sesuai serta bertepatan mengikut keselesaan penulis itu sendiri..

Niche Gosip Memang Popular

Penulisan blog berdasarkan niche yang khusus amat popular. Blog ini menjadi tumpuan blogger dan pembaca yang sama lapangan dan aliran. Cuba kita lihat populariti blog gosip artis seperti beautifulnara dan rotikaya. Blog tersebut sangat popular dan memberi trafik yang sangat tinggi. Bilangan pembaca ketika online dalam blog tersebut atas angka 100 orang. Saya percaya rasa ingin tahu pembaca amat kuat tentang dunia artis. Mereka golongan yang sentiasa dekat dihati dan lekat dimata.

Sementarar itu, niche keluarga, politik atau sensasi semasa lebih mudah dipromosikan sebab ramai yang suka. Tapi niche yang berat berinformasi dan berilmu agak memerlukan masa untuk dibina..kena sabar..

Dalam pada itu juga blog yang ada niche peribadi tidak kurang hebatnya. Kelebihan blog tersebut kerana ada populariti dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu sendiri. Blog redmummy dan denaihati mempunyai pembaca yang ramai. Saya perhatikan kedua-dua blog ini memdapat tempat di hati para penaja untuk iklan. Senang cerita blog yang berniche peribadi juga boleh mencipta trafik yang tinggi juga. Kejayaan mereka bukan bermula dengan sehari dua. Sudah otai juga ohh…

Jika anda baru mula untuk tulis blog, sebagai blogger yang baru jangan terlalu memikirkan niche jika belum ada trafik yang mencanak naik dalam blog kita. Niche akan lebih berfungsi jika anda seorang blogger yang menjadi Internet Marketer, usahawan internet dan peniaga online. Bina jenama blog perlahan-lahan dan bila sudah mahir barulah kembangkan blog berdasarkan niche yang berpotensi tinggi.

Ilmu Tertentu Diperlukan

kalau kita ingin menulis mengikut niche tertentu, perlulah kita mempunyai banyak ilmu pengetahuan atau maklumat mengenai niche yang kita pilih tu. Kalau tidak nanti pasti akan kekeringan idea untuk menaip kan dalam blog kita. Jadi adalah baik untuk seseorang untuk memulakan niche blog mereka berdasarkan minat dan kepakaran supaya mudah untuk tulis.

Saya suka kiranya ada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam ruangan komen dibawah berdasarkan niche blog. Apa yang saya tulis cumalah pandangan blogger picisan yang baru menapak dengan langkah demi langkah. Tapi nasihat yang boleh diberikan adalah sebagai blogger, anda mesti mempunyai perancangan yang teliti (plan untuk short term dan juga long term) bila ingin wujudkan blog supaya tidak hilang hala tuju dan minat dengan cepat.

Bagi ramai orang, ia merupakan satu perkara yang cukup susah dalam menjaga konsistensi dalam menulis blog yang berniche. Keramaian orang ada soalnya di belakang itu yang ada rasa ingin menperkongsikan hal lain juga.

The post Apa Itu Niche Dalam Dunia Blogger? appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Apa Itu Niche Dalam Dunia Blogger?

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×