Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Petua dan Cara Hilangkan Ulser Mulut

Mesti ada ramai orang yang pernah kena Ulser dalam mulut ni kan? Rata-ratanya yang terkena ulser ini akibat tergigit bibir atau bahagian dalam pipi kita. Walau bagaimanapun, ulser ini boleh berpunca akibat tindak balas dengan ubat tertentu, ada juga akibat penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik dan mengakibatkan jangkitan. Dalam kes-kes tertentu, ulser ini juga boleh juga terbentuk akibat kanser. Umumnya, ulser ini tidak berbahaya cuma mungkin menyusahkan sewaktu makan sahaja.

sumber foto: wikimedia

Maklumat Selanjutnya

Ulser mulut adalah kehilangan atau hakisan sebahagian daripada tisu halus yang melekat dalam mulut (membran mukus). Ia boleh terjadi oleh beberapa sebab termasuk pengambilan ubat-ubatan tertentu, bahan kimia dan penyakit berjangkit seperti herpes atau thrush. Sebab yang paling biasa adalah kecederaan mekanikal, seperti sengaja menggigit pipi anda.

Dalam kebanyakan kes, ulser mulut adalah tidak berbahaya dan kebanyakan boleh sembuh dengan sendirinya dalam beberapa hari tanpa memerlukan rawatan perubatan.

Beberapa Petua dan Cara Untuk Hilangkan Ulser Mulut

1. Elakkan makan masakan pedas dan berempah. Tomyan, nasi lemak, kari dan laksa semua ni merupakan makanan pedas yang perlu dielakkan.

2. Elakkan makan makanan yang masam. Pengingatan yang baik untuk anda ialah makanan masam boleh menyebabkan ketidakselesaan. Semua makanan seperti ini harus dielakkan sehingga ulser mulut sembuh dengan sempurna.

3. Minum banyak air panas. Biar mulut anda selalu berada dalam suhu yang lebih tinggi yang membolehkan ulser pulih dengan cepat.

4. Selalulah berkumur dengan air suam yang sedikit masin. Campurkan satu sudu garam dengan segelas air hangat dan biarkan ia dibubarkan. Minum campuran minuman ini di mulut anda dari sisi ke sisi. Kemudian meludah ke dalam sink. Jangan menelan larutan garam. Ulang ini beberapa kali sehari, secara amnya selepas makan dan sebelum tidur.

5. Pastikan mulut sentiasa bersih. Jika mulut tidak dijaga dengan baik, ia akan senang diserangi oleh bakteria yang boleh menyebabkan ulser mulut.

6. Boleh guna ubat penahan sakit macam paracetamol. (Panadol) Ubat seperti ini boleh meringgan kesakitan yang dihadapi oleh anda.

7. Makan ais-krim ( petua dari blog ni). Anda mungkin ingat petua ini adalah gila. Tapi sebenarnya ais-krim adalah makanan yang tinggi dengan kalori. Makan makanan yang mempunyai kalori yang lebih tinggi akan membantu memberi tenaga yang mencukupi untuk badan anda. Dengan ini anda boleh sembuh dengan cepat daripada penyakit ini.

Okey, itu sahaja cara yang mudah dan ringkas untuk hilangkan ulser ini. Mungkin ada cara tradisional lain untuk mengubati ulser ini. Kalau rakan pembaca tahu. Boleh berkongsi bersama.

Pencegahan

Ulser mulut tidak mempunyai ubat yang berkesan untuk merawat dan biasanya ia akan berulang dalam mulut seseorang buat sepanjang hayat.

Walaupun ulser ini mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi masih terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keterukan atau mengurangkan bilangan kali mereka perlu mengalami wabak ini.

Beberapa kaedah pencegahan termasuk:

  • Berjumpa dengan doktor dan beritahu mengenai perubahan ubat-ubatan yang diketahui yang menyebabkan ulser.
  • Mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan atau memburukkan gejala.
  • Menjaga mulut bersih dengan membersihkannya dan flosing setiap hari.
  • Mengelakkan pencetus yang diketahui yang menyebabkan wabak ini pada masa lalu.

The post Petua dan Cara Hilangkan Ulser Mulut appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Petua dan Cara Hilangkan Ulser Mulut

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×