Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Merokok Meningkatkan Risiko Kanser Prostat

Walaupun kita sedia maklum akan kesan buruk Merokok ini, namun masyarakat kita masih sukar untuk berhenti merokok. Pelbagai kempen telah dilakukan, namun tiada perubahan yang berlaku. Kalau dilihat pada kotak rokok, pelbagai gambar mengenai kanser yang bakal dihidapi oleh perokok dipamerkan. Namun sejauh mana kesedaran perokok ini?

rokok gudang garam

Penyelidikan dari Saintis Tentang Rokok

Saintis turut mendapati kaitan merokok dengan Kanser Prostat dan kematian yang diakibatkan oleh kanser prostat ini. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) , seramai 5 366 lelaki didiagnosis dengan kanser prostat antara tahun 1986 dan 2006. Melalui kajian ini, penyelidik menfailkan 1 630 kematian. 524 (32%) kematian akibat kanser prostat, 416 (26%) akibat penyakit kardiovaskular dan 878 akibat kanser prostat yang berulang.

Penyelidik juga mendapati lelaki yang mempunyai kanser prostat dan merupakan perokok mempunyai 61% risiko yang lebih tinggi untuk mati akibat kanser prostat. Manakala, bagi perokok yang tidak mempunyai penyakit semasa didiagnosis, mereka mempunyai 80% risiko untuk mati akibat kanser prostat.

Penghidap Kanser Prostat Akibat daripada Merokok

Apa yang mendukacitakan lagi, penghidap kanser prostat yang berhenti merokok 10 tahun atau lebih, atau mereka yang berhenti merokok kurang daripada 10 tahun tetapi merokok kurang daripada 20 kotak setahun mempunyai risiko kematian sama dengan mereka yang tidak merokok. Bagi mereka yang telah berhenti merokok kurang daripada 10 tahun dan merokok lebih daripada 20 kotak setahun mereka mempunyai risiko sama seperti perokok yang aktif.

Sumber foto: Wikimedia

Data seperti ini sebenarnya boleh dijadikan iktibar supaya kita tidak merokok bagi yang mula-mula berjinak dengan rokok ini dan berhenti merokok sebelum kita mendapat kanser ini. Bertindak sebelum terlambat. Apabila kita sudah terjebak, susah untuk mengelakkannya. Sebarang kempen kesedaran yang dijalankan hanyalah untuk kebaikan kita semua. Pilihan ada pada diri kita, hanya kita yang boleh menentukannya. Bila dah jadi tabiat, sukar nak buang…apa saja tabiat sukar dihentikan termasuklah merokok.

Perokok Wanita Semakin Meningkat di Seluruh Dunia

Sekarang ini budaya merokok ini kembali menular dalam kalangan wanita, insyaAllah selepas ini kita lihat kesan rokok kepada wanita pula. Nak start senang. Nak berhenti susah. Tapi orang selalu cakap di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau ada kesedaran sejati, senang-senang je boleh berhenti sebenarnya.

Semua orang pun tahu hisap rokok tu boleh membahayakan badan kita. Selagi tak kena penyakit mereka terus merokok saja. Tapi bila dah terkena penyakit baru nak kesal.

Apa boleh buat. Kadang-kadang niat mereka murni sebab mereka memang nak berhenti merokok. Tetapi disebabkan gagal mengawal nafsu, kurangnya semangat dan suntukan insan sekeliling, dah sukar nak lupakan tabiat lama, semua itu membuatkan perokok jadi tak ada mood nak berhenti merokok.

The post Merokok Meningkatkan Risiko Kanser Prostat appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Merokok Meningkatkan Risiko Kanser Prostat

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×