Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Khasiat Madu Lebah Kelulut

Madu Lebah Kelulut Ini banyak khasiatnya berbanding dengan lebah biasa. Sebelum ini, Madu Lebah Kelulut ini kurang popular di golongan masyarakat dan jarang diternak oleh pengusaha madu lebah. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pihak MARDI dan lebih banyak pendedahan dan informasi tentang madu lebah kelulut ini, sambutannya makin mengalakkan. Istimewanya lebah kelulut ini, mereka tidak menyengat seperti lebah biasa. Jadi, penternakan lebah ini menjadi kerja yang lebih mudah dilaksanakan berbanding lebah biasa.

madu lebah kelulut

Kaedah Penternakan Madu Lebah Kelulut

Kaedah penternakan dikatakan kurang berkesan untuk mendapatkan madu yang banyak bagi lebah kelulut ini. Walau bagaimanapun, kaedah penternakan yang diperkenalkan oleh MARDI telah berjaya mengatasi masalah ini. Bagi mereka yang berminat untuk menternak lebah kelulut ini bolehlah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak MARDI.

Spesies-spesies Lebah Kelulut

Di Malaysia, terdapat kira-kira 30 spesies lebah kelulut yang dikenal pasti. Di dunia pula terdapat kira-kira 150 spesies lebah ini. Menurut kajian, spesies ini terdiri daripada Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona itama dan banyak lagi. Lebah kelulut ini merupakan ajen pendebungaan yang penting bagi negara beriklim tropika, sub-tropika dan bahagian-bahagian tertentu di dunia. Selain Malaysia, negara-negara lain yang turut mempunyai lebah ini ialah Thailand (20 spesies), Myammar (9 spesies), Indonesia (37 spesies), Vietnam (8 spesies), Taiwan (1 spesies) dan India (3 spesies).

Lebah kelulut jenis ini mempunyai koloni yang besar dan organisasi sosial yang kompleks berbanding lebah madu biasa. Mereka suka membina sarang di dalam tanah, dalam kayu dan juga dicelah batu.

Khasiat dan Kebaikan Madu Lebah Kelulut

Telah diperakui bahawa khasiat madu lebah kelulut ini lebih baik berbanding lebah biasa. Antara khasiat yang boleh kita perolehi daripada madu lebah kelulut ini ialah:

1. Madu jenis ini adalah kaya dengan asid fenolik yang baik untuk manusia.

2. Ia mengandungi asid p-coumaric yang mempunyai nilai antioksidan tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut.

3. Mengandungi asid fenilpropionik yang mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

4. Asid fenilpropionik yang merupakan bahan utama dalam madu kelulut ini juga mampu merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan mengurangkan trigliserida dalam darah.

Kesedaran masyarakat terhadap khasiat madu lebah kelulut telah meningkatkan permintaan terhadap madu ini. Kalau dahalu mungkin orang kurang tahu, kini semakin banyak sambutan dari dalam dan luar negara. Semoga industri ini terus berkembang.

Sekarang baru saya tahu patutlah saya boleh nampak banyak tempat orang membuat iklan tentang madu kelulut. Amat bagus khasiatnya terhadap badan manusia. Dulu bila kelulut buat sarang dalam lubang celah pintu,,,akan dimusnahkan. Kelulut suka melekat penuh dekat rambut.

The post Khasiat Madu Lebah Kelulut appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Khasiat Madu Lebah Kelulut

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×