Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kegunaan dan Khasiat Pokok Putat

Pokok Putat merupakan tumbuhan liar yang banyak khasiatnya dan kegunaannya. Mungkin masyarakat kini kurang mengetahui akan khasiat putat ini ekoran pokok putat ini kurang popular. Tetapi jika dilihat manfaatnya untuk kesihatan kita, sudah tentu ia akan menjadi pilihan dan harus dikomersilkan penggunaannya. Bermula daripada daun putat hinggalah kepada buahnya, ia mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri. Rupa daunnya macam pucuk pokok asam gelugur.

pokok putat

Nama saintifik bagi pokok putat ialah Barringtonia spp. Terdapat kira-kira 40 spesies pokok putat ini di Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Tumbuhan ini kebiasaannya boleh didapati di kawasan lembah, tepi sungai dan tanah lembap seperti paya. Pokok putat ini boleh mencapai ketinggian sehingga 28 meter. Bagi pokok yang kecil. Ketinggiannya sekitar 15 meter.

Jenis-jenis Putat

  1. Putat Laut
  2. Putat Kampung
  3. Putat Darat
  4. Putat Sungai
  5. Putat Air
  6. Putat Gajah
  7. Putat Nasi
  8. Putat Hutan

Kegunaan dan Khasiat:

Daun Putat

  • Pucuk putat boleh dijadikan ulam.
  • Pucuk putat ini juga boleh dibuat kerabu.
  • Boleh melancarkan darah.
  • Boleh dicampurkan dalam laksa utara. (menambah keenakan laksa tersebut)
  • Daun muda putat laut boleh mengubat sakit perut dengan meramas-ramaskannya di dalam air dan meminum airnya
  • Daun yang segar dilayur dan diletakkan pada luka atau kulit yang berkudis bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Pucuk putat ini juga turut dimakan oleh rusa.
  • Daun putat ditumbuk bersama-sama beras dan disapu pada bahagian terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air tersebut dan mencegah ia daripada merebak.
  • Daun putat juga boleh mencegah ketagihan dadah.

Buah Putat

  • Buah putat boleh dijadikan ulam dengan membuang kulitnya terlebih dahulu.
  • Buah ini juga digunakan untuk mencegah kegatalan kulit.
  • Buah putat yang muda boleh juga dibuat sambal.
  • Buah yang matang kurang sesuai digunakan dalam masakan kerana bersabut.
  • Bijih benih putat yang kering sangat berancun dan boleh menyebabkan kematian.

Kayu pokok putat laut boleh digunakan membuat kanu dan kerja pembinaan. Ia merupakan salah satu ulam yang pernah saya cuba. Rasanya sungguh sedap cicah dengan sambal belacan atau tempoyak dan makan dengan nasi yang panas fuhhh terangkat hihiih. Memang bertambah la nasi.

Pada masa dulu pokok ini banyak tumbuh dengan meliar di tepi sawah di kebanyakan kampung. Buahnya cantik dan menarik perhatian. Walaupun saya sudah tidak tanam pokok ini, tetapi kalau pergi ke pasar, mesti saya tidak lupa untuk beli pucuk putat dan pucuk kedondong untuk dijadikan sebagai ulam.

Okey, ini sedikit sebanyak maklumat yang dapat dikumpulkan mengenai pokok putat dan khasiat daun dan buahnya. Ada sesiapa tanam pokok putat ni? atau ada tanam di kampung?

Rujukan:

  • FRIM.gov.my
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Putat
  • https://adrydaud.blogspot.my/2010/01/putat.html

The post Kegunaan dan Khasiat Pokok Putat appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kegunaan dan Khasiat Pokok Putat

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×