Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bila Kerak Lebih Besar Dari Periuk

Izinkan saya untuk mengupas topik bila kerak Lebih Besar Dari periuk.Peribahasa ini mudah difahami.Ia berkaitan rapat dengan cara pengurusan wang atau cara kita mengendali perbelanjaan secara harian,mingguan atau bulanan.Kebetulan pula sekarang hangat diperkatakan iaitu minyak naik dan ramai pula dah diberhentikan kerja.Pasti merisaukan benak fikiran kita semua.

walking

Saya andaikan ada dua orang pemuda yang baru berumur 20 tahun.Kedua-duanya baru mendapat kerjaya tetap.Syukur alhamdulilah.Sebab bukan senang nak dapat kerja tetap sekarang ini.Kalau musim gawat ekonomi,ramai pula dah kena buang kerja.Nasib saya tak tahulah pula.Namun saya dah bersedia dengan plan B dan plan C.Orang kata,tahu tak pe.

Pemuda A (andaian sahaja) diberi upah gaji permulaan RM2500 sebulan.Dia sudah terdidik dengan cara hidup berhemah dan berjimat cermat.Dalam pemikirannya susah-susah mencari wang mengapa pulak senang nak dihabiskan begitu sahaja.Dia merancang kewangan.Dia mencari Perunding Kewangan untuk mendapat khidmat nasihatnya.Orang yang dicarinya ialah saya.Eh bukanlah.Mereka ialah wakil takaful.

Pemuda B (andaian sahaja) sama seperti pemuda A.Mereka mendapat pendapatan dan kerjaya yang sama.Namun pemuda B mempunyai tabiat kurang elok.Pemuda B suka melaram dan berkira-kira untuk membeli kereta idamannya.Dalam pemikirannya senang sahaja.Dah ada kerja tetap apa nak takut berhutang.Dia pun mencari kereta idaman untuk dibeli dengan konsep sewa beli.Tentunya dia akan mencari agen penjual kereta.Mereka akan mengurus pinjaman kereta kita.Yang penting sediakan 3 bulan slip gaji,lesen memandu dan kad pengenalan.

Masa terus berlalu.Pergi dan pergi tanpa disedari.Pemuda A menjalani kehidupan biasa biasa sahaja.Corak perbelanjaannya sangat minimum dan aliran pendapatannya pula sangat bagus.Wang tunai dalam tangan sentiasa ada.Jarang-jarang kesempitan wang walaupun telah mencarum dalam Pelan Perlindungan Pendapatan dan Pelan Kad Perubatan.Pendek kata ketenangan fikiran yang dia dapat.Dengar khabar nak melangsungkan perkahwinan dengan gadis idaman hati tak lama lagi.

Sebaliknya kisah pemuda B agak meyayat hati.Kehidupan agak mencabar.Pinjaman kereta idamannya agak tinggi.Lebih 50 peratus pendapatannya digunakan untuk membiayai pinjaman kereta idaman.Biasalah kalau dah sebut kereta idaman mana ada kereta kecil macam Viva atau Axia.Fikiran pemuda B sentiasa runsing.Mana taknya keinginan nak kahwin apabila berjumpa dengan gadis menawan tak kesampaian.Wang simpanan tiada dan gaya kehidupan gaya boros menyebabkan dia terjebak dengan hutang kad kredit.

Saya tinggalkan pembaca dengan cerita ini tanpa kesudahan.Lagipun ianya bukan kisah benar.Ia cuma kisah rekaan yang saya nak kaitkan dengan konsep bila Kerak Lebih Besar dari periuk.Sebagai pengajaran bahawa pengurusan kewangan yang bijak,berhemah dan berhati-hati membawa kebahagiaan jangka panjang.Memang betul la kata orang tua tua, bersakit-sakit dahulu maka bersenang-senang kemudian.

The post Bila Kerak Lebih Besar Dari Periuk appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Bila Kerak Lebih Besar Dari Periuk

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×