Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siti Nurhaliza kekal pendirian berehat daripada sertai AJL




Siti kekal dengan keputusan untuk tidak berentap dalam pertandingan nyanyian berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih kekal dengan keputusan untuk tidak berentap dalam pertandingan nyanyian berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Siti Nurhaliza Tarudin, 40, berkata, setakat ini dia masih kekal dengan pendirian untuk merehatkan diri daripada menyertai pertandingan tersebut.

Menurutnya, dia telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang sama dan belum berfikir untuk mengubah pendirian.

"Kenyataan saya sama seperti sebelum ini. Setakat ini keputusan saya masih tetap untuk berehat daripada bertanding dalam AJL.

"Sehingga kini saya masih berpegang dengan keputusan itu," katanya kepada Kosmo! Online.

Beliau ditemui selepas menjayakan konsert mini Shopee X Simplysiti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Desas-desus penglibatan Siti di pentas AJL bertebaran selepas lagu nyanyiannya iaitu Anta Permana lolos ke peringkat Separuh Akhir.

Lagu tersebut merupakan ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Difahamkan Hael enggan penyanyi lain menggantikan tempat Siti kerana lagu dan 'jiwa' Anta Permana dicipta khas untuk pelantun Jerat Percintaan itu.

Kali terakhir Siti berentap di pentas AJL pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta dalam kategori pop rock.

Sepanjang bersaing di AJL, Siti mengungguli trofi utama anugerah tersebut sebanyak tiga kali menerusi lagu Jerat Percintaan (AJL11), Cindai (AJL13) dan Balqis (AJL15).




This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Siti Nurhaliza kekal pendirian berehat daripada sertai AJL

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×