Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Galaxy S9/S9+ Diperkenalkan – Nirbingkai, Kamera Lebih Baik, AR Emoji

artikel asal : amanz.my

Samsung hari ini telah mengambil pentas utama pada acara Unpacked bersempena dengan MWC 2018, sekaligus memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S9 dan juga Galaxy S9+.
Kedua-dua Telefon Pintar Ini merupakan kemaskini dan penaik-tarafan kepada Galaxy S8 sebelum ini, serta menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.
Dari segi rekabentuk, Samsung mengekalkan rekaan seumpama Galaxy S8 sebelum ini, tetapi hadir dengan beberapa ciri baru memfokuskan kamera dan beberapa yang lain.
Samsung Galaxy S9 hadir dengan srin 5.8-inci dengan paparan resolusi Quad HD+ serta menawarkan rekaan nisbah skrin 18.5:9 – lebih kurang sama seperti Galaxy S8 sebelum ini. Ia dilengkapi cip pemprosesan lapan teras 10nm, memori 4GB RAM, dan pilihan storan bermula 64GB.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 12-megapixel dengan bukaan boleh-laras antara F/1.5 dan F/2.4. Bukaan F/2.4 digunakan ketika keadaan cahaya terang, sementara F/1.5 digunakan ketika keadaan cahaya malap. Kamera 8-megapixel digunakan untuk rakaman gambar selfie. Samsung Galaxy S9 turut hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh.
Samsung Galaxy S9+ pula merupakan variasi telefon Galaxy S9 bersaiz besar, serta beberapa ciri-ciri tambahan. Galaxy S9+ hadir dengan skrin 6.2-inci QuadHD+ dengan nisbah skrin 18.5:9, dilengkapi cip pemprosesan 10nm, serta memori 6GB RAM dan storan bermula 64GB.
Pada bahagian kamera, Galaxy S9+ hadir dengan dwi-kamera belakangmengabungkan lensa 12MP dengan bukaan boleh laras antara F/1.5 dan F/2.4 – selain lensa kedua berbentuk lensa telefoto 12-megapixel. Ia turut menggunakan kamera hadapan 8-megapixel F/1.7.
Samsung Galaxy S9+ menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh bersama-sama dengannya.
Kedua-dua telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan NFC, kalis air dan debu IP68, serta Bluetooth 5.0.
Dari segi ciri baru, Samsung kini menyertakan keupayaan merakamkan video gerak-perlahan melalui ciri dinamakan Super Slow-Mo pada kadar 960fps. Secara kasarnya, ia membolehkan video rakaman 0.2 saat dipanjangkan menjadi 6 saat lamanya.
Samsung turut menyertakan ciri AR Emoji, yang membolehkan anda merakamkan gambar diri sendiri dan mengubahnya menjadi emoji untuk digunakan pada aplikasi permesejan.
Bixby turut menerima nafas baru, serta menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan terjemahan masa-nyata dengan menggunakan kamera.
Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan harga tawaran dan tarikh pelancarannya di Malaysia. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini – apatah lagi dengan Galaxy S9 yang kini telah pun melepasi pengesahan Sirim.


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Galaxy S9/S9+ Diperkenalkan – Nirbingkai, Kamera Lebih Baik, AR Emoji

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×