Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siti pilih Ernie, Ernie pilih Aisyah Aziz




Biarpun sudah timbul desas-desus mengatakan penyanyi Ernie Zakri bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Anta Permana di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34), dia mendedahkan masih belum menerima sebarang 'tawaran' rasmi sama ada dari pihak komposer mahupun penyanyi itu sendiri.

Kata Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 27, dia menyerahkan kepada komposer iaitu Ezra Kong dan Hael Husaini serta Siti sendiri sebagai penyanyi asal lagu tersebut untuk memilih siapa yang layak mendendangkan lagu tersebut di pentas AJL34.

Bagaimanapun, secara peribadi, Ernie walaupun berbesar hati untuk menggantikan tempat penyanyi nombor satu tanah air di pentas berprestij tersebut, dia turut melihat potensi penyanyi lain iaitu Aisyah Aziz untuk mendendangkan lagu popular itu.

"Setakat ini, belum ada apa apa 'tawaran' rasmi sama ada dari pihak Hael atau Tokti untuk menyanyikan lagu itu. Ada dengar usik-usik namun itu sahaja.

"Pada masa yang sama, berharap juga lagu saya sendiri, Ku Bersuara layak bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik dan seterusnya lolos ke AJL34.

"Secara peribadi, saya suka nyanyian Anta Permana oleh Aisyah Aziz. Dia mempunyai gaya nyanyian ala Allahyarham Puan Sri Saloma," kata Ernie ketika ditemui Kosmo! Online pada sidang media Mentor Milenia 2019 di sini sebentar tadi.


Sebelum ini, Siti pernah meluahkan hasrat ingin melihat Erni menggantikannya menyanyikan lagu Anta Permana sekiranya lagu itu berjaya lolos ke pentas AJL.

Pada 2010, Siti mengumumkan yang beliau telah menarik diri daripada menyertai mana-mana pertandingan nyanyian termasuk penganjuran AJL.

Dalam perkembangan lain, Ernie bersama empat penyanyi muda lain iaitu Akim Ahmad, Black Hanifah, Hazama dan Stacy akan memikul tangungjawab sebagai mentor untuk program realiti, Mentor Milenia 2019 kali ini.

Berbeza dari musim terdahulu, musim kali ini terbuka kepada golongan muda dalam lingkungan usia 17 hingga 23 tahun.

Mentor Milenia 2019 bakal menemui penonton bermula 6 Oktober depan pada setiap Ahad pukul 9 malam.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Siti pilih Ernie, Ernie pilih Aisyah Aziz

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×