Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.

GALAKSI VIRAL - Jika anda peminat Lagu Dikir Puteri nyanyian Diva Irama Malaysia/Pop Etnik Noraniza Idris. pastinya anda tahu yang lagu Dikir Puteri sememangnya amat popular di Thailand. Lagu ciptaan Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun sudah popular sejak tahun 1998 lagi. Terdapat  banyak versi lagu Dikir Puteri di Thailand dan kebanyakannya berentak Dance Music remix, Hip Hop Remix dan banyak lagi.


Beberapa tahun lepas, ada sekumpulan peserta tarian Thailand bertanding di dalam pertandingan tarian di negara mereka dengan menggunakan lagu Dikir Puteri sebagai lagu iringan tarian mereka. Terbaru, rancangan popular Thailand iaitu The Voice Thailand juga turut menampilkan lagu yang sama apabila peserta pertandingan ini iaitu Pathita dan Saran menyanyikan lagu Dikir Puteri dengan caranya tersendiri. Walaupun ada pelat Siam dalam nyanyian mereka, namun, persembahan mereka dengan siap berpakaian baju kebaya dan baju Melayu ini sangat mengagumkan dan patut diberi pujian. Lebih menarik lagi, rap dalam Bahasa Thailand turut dinyanyikan di dalam lagu ini sebagai satu bentuk improvasi kepada persembahan  hebat mereka. Kumpulan tarian yang mengiringi persembahan ini  ialah Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand. Jom tengok video di bawah. :)

Video Persembahan Lagu Dikir Puteri di The Voice Thailand Season 6 2018

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Awani, OhBulan, NST,COM, The Voice Thailand, Google Image



This post first appeared on Galaksi Viral, please read the originial post: here

Share the post

PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.

×

Subscribe to Galaksi Viral

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×